Tak tahu macam mana nak mulakan apa yang terbuku di hati.. (first time tulis blog ni, excited benor)
hmmm... rasanya elok mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim.
Terdapat banyak karya penulisan yang berjaya mencetuskan fenomena dan mewujudkan atmosfera yang baru, pendek kata dunia ini boleh digegarkan dengan hanya menggunakan sebatang pensel. Jika kita lihat buku Michael H. Hart yang bertajuk 100 tokoh berpengaruh dalam sejarah, Johann Guttenberg mendapat ranking ke 8 (ranking yang agak tinggi) melalui sumbangannya yakni mencipta mesin cetak. (Untuk penetahuan semua nabi kita Muhammad PBUH mendapat tempat pertama). Sumbangannya memang besar kerana melalui mesin percetakan karya penulisan dapat disebarkan dengan mudah. Tanpa mesin cetak mungkin karya-karya yang hebat sukar disebarkan.
Apa pointnye kat sini ialah, dunia sekarang dah semakin maju dan lebih mudah untuk sebarkan maklumat dan pendapat. Mungkin pada 100 tahun akan datang apabila ada yang menulis buku tokoh-tokoh berpengaruh dalam sejarah, orang yang mencipta blog munkin akan menggantikan tempat Johann Guttenberg di ranking yang ke lapan. Harapan Aku, blog yang aku tulis ini dapat member manfaat kepada aku dan orang lain serta aku ingin 'sebarkan kebaikan' supaya kita semua lebih bahagia hidup di dunia ini . Mungkin suatu hari nanti dengan penulisan aku ini mampu mengubah dunia ini kepada dunia yang lebih baik untuk kita sabagai hambaNya duduki. InsyaAllah...
Life is shorter than most have thought
There are many ways to do it right
Turn around and see what we have left behind
We can save this world
By doing what He ask us to do
And let’s pray for a beautiful and a peace world
A world that everyone share.
7 comments:
nice..
keep it up akhi,,
akhirnya ada jugak post kat sini.Tahniah.
Dah lama tunggu bila nak muncul entry sulung ni. hehehe
Man Jadda Wajada ^^
a good start indeed
mungkin bole double check spelling but still comprehensible :)
selamat menggegarkan dunia :)
Superb attempt ~
Sesudi la follow blog aku walaupon x berapa nak Islamik :D
assalamualaikum akhi
mashaAllah..selamat datang ke dunia penulisan blog
tetapi blog hanya satu daripada banyak cara untuk menggegar dunia
so cara lain kena try kuasai jugak
hee ^___^
bahagianya ada sahabat blog baru~
sangat setuju dengan kata kata akhi anamuzakkar..
perjuangan kita bukan sahaja disini..malah di dunia realiti...
apapun..selamat datang ke THE ISLAM'S AVENGERS...
salam perjuangan..
Betul, ayuh gegarkan dunia agar yang masih tertidur akan terjaga. Segala komen yang membina akan dijadikan panduan untuk menjadi lebih baik, cermin diri, hiasi peribadi dan rohani, agar hidup tenang dan harmoni, di dunia dan akhirat yang kekal abadi, ^___^
Post a Comment