Sunday 13 May 2012

Ibuku Penipu Besar


Gambar seorang penipu.

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah kebenarannya. Ibu saya memang seorang pembohong dan saya percaya ramai lagi ibu kat dunia ini juga seorang pembohong dan penipu besar!! Sepanjang ingatan saya hidup ini sekurang-kurangnya 7 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu agar anda semua dapat iktibar dan tidak ditipu oleh ibu2 anda serta dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Ayah saya meninggal ketika saya berumur 5 tahun. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan telur mata kerbau dengan kicap. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai membesar, pada suatu hari ibu telah ke pekan untuk membeli ikan untuk digulaikan kerana adik saya merungut untuk makan gulai lemak ikan patin. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia kanak-kanak, saya masuk sekolah menengah. Ibu mengambil upah membuat kuih-muih  untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Kuih-muih itu dihantar awal2 pagi ke kedai Pak Mat Tempe sebelum ibu pergi kerja. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah lampu pijar yang tidak begitu terang dan tidak begitu terang pancarannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kerja pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru lima tahun datang ke dunia ini, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja sambil mengambil upah menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Iibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat membuat persediaan di sebuah Kolej persediaan ke luar negara di Shah Alam, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Saya bercadang ingin membawa ibu saya melihat negara orang kerana pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Saya berasa amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Walaupun ayah sudah lama meninggalkan kami sekeluarga ibu tidak pernah jemu untuk mengisi kekosongan itu. Dakap dan ciumlah ibu anda semua jika mereka masih ada. Jangan  tertipu dengan tipu helah mereka. Jangan terpedaya dengan pembohongan mereka. Janganlah sampai anda semua diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun anda semua dapat membisikkan kata-kata ''ibu, saya amat sayangkan ibu'' itu ke telinga ibu anda semua, sampailah saat ibu anda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saya berasa amat sedih apabila diberitahu hari ibu haram disambut sebab ia ada kaitan dengan hari mother in church. Memanglah ibu perlu dikenang sepanjang hari, even sepanjang hayat,bukan hanya sehari, samalah macam hari guru, bukan cuma perlu dikenang sehari sahaja, dan sama macam semua hari yang dipilih secara spesifik, hari pekerja, hari 1 malaysia, hari wanita, hari kanak-kanak, sambutan hari tersebut bukan maknanya suruh kenang hari tersebut sahaja, tapi cuma sebagai penghargaan. Then, pilih satu hari sempena untuk penghargaan tersebut. Then, kalau tarikh mother's day ni ada kena mengena mother in church, tukar jelah tarikh lain. Kecik hati ibu-ibu bila semua oang ada harinya tersendiri, tetapi hari ibu haram disambut kerana tarikhnya ada sejarahnya yang melibatkan akidah.TUKAR TARIKHLAH, takpun mansuh semua hari yang ada, termasuk hari pekerja, hoho.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Di kesempatan ini saya nak ucap selamat hari ibu kepada ibu saya yang ke 9119 hari sebab hari ini ibu saya dah bergelar seorang ibu untuk 9119 hari. Saya sayang mak. You are number one for me...
Khas untuk ibuku tersayang 








Saturday 12 May 2012

Buka, Balut atau Tutup

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama blog ni aku biarkan. Dah berhabuk dah pun..... hurmm.. Kali ni aku nak tulis pandangan aku pasal ayat 26 surah An-Nur. Mungkin ramai yang tahu ayat ni kan?? Ayat yang famous dan sering kali meniti di bibir masyarakat masa kini... ayatnya berbunyi begini.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Main point yang nak di emphasize kat sini ialah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Jika dilihat pada dunia masa kini, kita melihat di sekeliling kita, ayat ini sememangnya tepat. Untuk membuktikan kata-kata ini saya akan memberi anda semua situasi-situasi untuk anda semua fikirkan.

Situasi 1:

Seorang perempuan cun dan seksi berjalan dan dilihat oleh sekumpulan lelaki. Kemudian lelaki-lelaki ini react macam ini "weyy awek cunn awek cunn weyy tengok tu awek cunn gila bak hang."

Lelaki jenis ini tiada masalah komunikasi dengan perempuan. Mereka cool. Senang diajak berbual dan senang mengajak berbual. Pandai mengayat dan buat perempuan berasa selesa berurusan dengan mereka. Pakaian pulak yang jenis rugged2 gitu(lazimnya) yang so called 'stylo'.


Gambar hiasan semata-mata
Situasi 2:

Apabila perempuan lalu, dia akan menundukkan pandangan. tidak kisahlah yang seksi ke yang bertuduh labuh ke yang berpurdah ke. Dia akan menundukkan pandangan. Kalau ternampak yang bertudung labuh dan sopan mungkin dia akan react begini " cantiknya dia tu sejuk mata tengok aku suka sebab nampak sopan dan ayu gilerr kalau lah dapat buat isteri alangkah bahagiaaaa."

Lelaki jenis ini juga tiada masalah komunikasi dengan perempuan. Cuma selalunya mereka mengelak jika tiada urusan yang dirasakan penting. Tetapi kadang2 mereka akan menjadikan sesuatu urusan itu penting jika perlu. Lelaki jenis ini juga tidak akan menggunakan urusan sebagai alasan untuk bertemu. Jujurlah dengan diri sendiri.


Contoh situasi 2

Situasi 3:
Apabila seorang wanita lalu dihadapannya dia tidak mempunyai perasaan. Hanya berlalu begitu sahaja.

Golongan situasi ketiga bukanlah golongan utama nak dibincangkan kali ini. Jenis yang tak memberi reaksi kepada perempuan sama ada disebabkan tidak bernafsu, bernafsu songsang, atau sekadar malas nak ambil tahu pasal nafsu. Macam keji pulak perenggan ni.

Viewers yang dihormati, dari golongan pertama itu majoriti. Jadi senang cerita memang selalulah akan didengari reaksi2 begitu apabila sembang pasal pelajar perempuan di asrama. Yaaa hangpa jangan ingat budak laki tak bergosip ka kat asrama? Kahkah karut semua tu, karut karut-karut belaka, ianya sungguh karut kagi mengarutkan. Sama naik ja aku rasa lelaki dan perempuan bila sembang pasal orang yang berlainan jantina sama2 hebat.

Beralih kepada situasi 2, 3 minggu lepas  aku jalan2 dengan kawan2 yang lain  kat sebuah shopping complex dekat Ipoh. Ada seorang perempuan bertudung labuh berjubah lalu dihadapan kami lalu kawan aku yang sorang ni pun memberi reaksi seperti situasi kedua tadi. Pastu kakak kawan aku ni cakap kat kawan aku tu camni "Dia tu pakai jubah tudung labuh sebab nak melindungi diri dari dipandang lelaki. Tapi kau dok gi usha dia plak. Haishhh"


Pointnye kat sini ialah, wahai kaum hawa kamu tetap menjadi buruan mata lelaki tidak kira walau apapun yang kamu pakai. Ecewah ayat sastera gitu. Pakailah baju dalam ke, baju luar ke, jubah labuh, tudung telekung, bikini, legging, seluar straight cut, shawl, pashmina, jeans, baju kurung, hatta baju perisai pun, lelaki tetap akan memandang kamu. Pakai kain kapan pun lelaki akan tengok. Ya lah kalau tak tengok nak solat jenazah macam mana ye tak? 

Sedari hakikat itu. Maka kaum hawa pun buatlah keputusan.
Q : Keputusan apa pulak dah?
A : Keputusan untuk memakai apa untuk menarik mata lelaki yang bagaimana. Faham dop?

Kalau kamu memilih untuk free hair, pakai short sleeve, seluar ketat sampai boleh nampak ........ bila duduk, maka lelaki yang jenis bagaimana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri.

Rasanya tidak perlu kot tunjuk contoh yang tidak best ni. Kalau anak aku pakai macam jenis atas ni memang nak kena penampar!!

Sama la jugak kalau Kalau kamu memilih untuk bertudung singkat, seluar jeans ketat, tidak berstokin dan berbaju lengan singkat, maka lelaki jenis bagaimana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri. gambar jenis ini juga rasanya tidak perlu untuk ditunjukkan.

 Kalau kamu memilih untuk bertudung lilit, berfesyen muslimah moden, berpakaian material lembut yang menampakkan bentuk badan sekalipun longgar, maka lelaki jenis mana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri. juga tidak perlu bagi contoh gambar.

Kalau kamu memilih untuk berbaju longgar dan tebal, bertudung labuh menutup dada, bersarung kaki dan tangan, dan menutup muka, maka lelaki jenis mana yang akan memandang kamu, kamu juga boleh fikir sendiri. yang ni boleh bagi contoh.



Mana2 pun pilihan kamu, jika namanya kamu itu perempuan, maka lelaki akan melihat kamu. Dengan penuh minat. 
Perempuan bertudung labuh selalunya jarang diganggu. Bahkan aku memerhati dulu, kawan2 aku yang cool itu bila ada perempuan bertudung labuh didepannya, dia akan lebih behave.

Bukan nak cakap lelaki bersifat double standard atau hipokrit dalam kes ini, tapi yang penting bagi pihak perempuan dia ada pilihan untuk berpakaian yang macam mana. Pasal lelaki itu bersifat double standard tu urusan dia dengan Allah. Moga rakan2 mereka dapat menasihati mereka. 


Perempuan yang bertudung singkat pula, selalu diusik nakal, dan mudah didekati. Mereka cool dan pandai berkawan. Lelaki selesa berkawan dengan mereka.

Dalam kes ini rasanya perkara yang biasa berlaku agaknya....


Yang tidak bertudung atau seksi pula aku tak pasti. Sebab tak banyak kenalan aku yang berasal dari spesis ini. Jadi tak boleh nak ulas sangat.


sememangnya pakaian itu penting dalam kehidupan seharian. Cuba kalau selama ni kamu (perempuan) pakai baju biasa2 dengan seluar ketat dan tudung singkat tetiba tukar pakai baju longgar seluar straight cut dan tudung dilabuhkan sedikit.Mesti ada yang akan tegur perubahan itu. Kata dapat hidayah la, baru balik Mekah la, ada wahyu baru turun, buang tebiat dan sebagainya.
Try it and you'll feel the difference. Tak payah sombong sangat untuk mengakui yang bahawa sesungguhnya pakai longgar dan labuh itu lebih selesa daripada pakai ketat2 dan singkat. biarlah apa orang nak kata tapi apa yang kita mendapat keredhanNya Kan?

Tak payah tengok trend sangat kalau bab berpakaian ni. Sebenarnya trend tu manusia yang nak tengok. Kalau kita berpakaian menutup aurat bila Allah lihat kita Allah redha. Aku bagi satu analogi. Kalau kita tolong seorang buta melintas jalan mesti kita gembira melihat dia tersenyum lepas kita tolong dia kan. Sama juga kita tutup aurat atau buat benda2 baik pastinya kita berasa gembira apabila Allah redha. Niatkanlah menutup aurat itu kerana Allah taala. Kita baca do iftitah 5 kali sehari "
Sesungguhnya solatkuibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam". Bayangkan berapa banyak pahala kita tutup aurat tu kan?


On men perspective pun samalah. Aku tak pernah jadi perempuan tapi aku sebagai lelaki pun sejuk mata bila tengok lelaki yang berkopiah, sopan, tak hisap rokok, dan sebagainya yang baik2 tu. So aku rasa perempuan pun rasa yang sama kot?

Konklusinya, apa yang Allah cakap dalam surah An-nur memang betul. Cuma saya ulas perkara ini dari sudut cara pemakaian. Mungkin ada orang yang cakap ada orang pakai tudung labuh tapi perangai macam ________. Pada pandangan saya, mengapa disalahkan tudung untuk sikap dia yang tidak elok tu. Kalau betul pon dia salah, yang salah itu perbuatan dia bukan tudung dia. Tak pasal2 tudung jadi mangsa. Jadi muslimin dan muslimat buatlah pilihan yang bijak. Hanya sekadar berkongsi dan moga-moga memberi manfaat kepada orang lain. Pilihlah sama ada ingin buka, balut atau tutup aurat itu. 

Wassalam. 






























Wednesday 25 April 2012

Kuasa Penulisan

Assalamualaikum w.b.t. 


Tak tahu macam mana nak mulakan apa yang terbuku di hati.. (first time tulis blog ni, excited benor)
hmmm... rasanya elok mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim.


Kenapa aku menulis blog??? Berkali-kali persoalan ini timbul di fikiran aku. Adakah aku terpengaruh melihat rakan2 sebaya yang lain rancak menulis blog aku pun nak ikut jugaklah? atau adakah aku dah takde kerja sangat then sebab tu aku menulis blog ini?? Sebenarnya aku sendiri sedang mencari jawapannya. Banyak perkara yang selalu, sering atau kerap aku fikirkan dan ingin aku luahkan dan sebarkan tetapi aku masih belum jumpa cara yang memuaskan aku. Setelah membuat sedikit kajian penulisan sebenarnya mampu menggoncang dunia.

Terdapat banyak karya penulisan yang berjaya mencetuskan fenomena dan mewujudkan atmosfera yang baru, pendek kata dunia ini boleh digegarkan dengan hanya menggunakan sebatang pensel. Jika kita lihat buku Michael H. Hart yang bertajuk 100 tokoh berpengaruh dalam sejarah, Johann Guttenberg mendapat ranking ke 8 (ranking yang agak tinggi) melalui sumbangannya yakni mencipta mesin cetak. (Untuk penetahuan semua nabi kita Muhammad PBUH mendapat tempat pertama). Sumbangannya memang besar kerana melalui mesin percetakan karya penulisan dapat disebarkan dengan mudah. Tanpa mesin cetak mungkin karya-karya yang hebat sukar disebarkan.

Apa pointnye kat sini ialah, dunia sekarang dah semakin maju dan lebih mudah untuk sebarkan maklumat dan pendapat. Mungkin pada 100 tahun akan datang apabila ada yang menulis buku tokoh-tokoh berpengaruh dalam sejarah, orang yang mencipta blog munkin akan menggantikan tempat Johann Guttenberg di ranking yang ke lapan. Harapan Aku, blog yang aku tulis ini dapat member manfaat kepada aku dan orang lain serta aku ingin 'sebarkan kebaikan' supaya kita semua lebih bahagia hidup di dunia ini . Mungkin suatu hari nanti dengan penulisan aku ini mampu mengubah dunia ini kepada dunia yang lebih baik untuk kita sabagai hambaNya duduki. InsyaAllah...


Life is shorter than most have thought
There are many ways to do it right
Turn around and see what we have left behind
We can save this world
By doing what He ask us to do
And let’s pray for a beautiful and a peace world
A world that everyone share.