Sunday 13 May 2012

Ibuku Penipu Besar


Gambar seorang penipu.

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah kebenarannya. Ibu saya memang seorang pembohong dan saya percaya ramai lagi ibu kat dunia ini juga seorang pembohong dan penipu besar!! Sepanjang ingatan saya hidup ini sekurang-kurangnya 7 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu agar anda semua dapat iktibar dan tidak ditipu oleh ibu2 anda serta dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Ayah saya meninggal ketika saya berumur 5 tahun. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan telur mata kerbau dengan kicap. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai membesar, pada suatu hari ibu telah ke pekan untuk membeli ikan untuk digulaikan kerana adik saya merungut untuk makan gulai lemak ikan patin. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia kanak-kanak, saya masuk sekolah menengah. Ibu mengambil upah membuat kuih-muih  untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Kuih-muih itu dihantar awal2 pagi ke kedai Pak Mat Tempe sebelum ibu pergi kerja. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah lampu pijar yang tidak begitu terang dan tidak begitu terang pancarannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kerja pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru lima tahun datang ke dunia ini, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja sambil mengambil upah menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Iibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat membuat persediaan di sebuah Kolej persediaan ke luar negara di Shah Alam, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Saya bercadang ingin membawa ibu saya melihat negara orang kerana pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Saya berasa amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Walaupun ayah sudah lama meninggalkan kami sekeluarga ibu tidak pernah jemu untuk mengisi kekosongan itu. Dakap dan ciumlah ibu anda semua jika mereka masih ada. Jangan  tertipu dengan tipu helah mereka. Jangan terpedaya dengan pembohongan mereka. Janganlah sampai anda semua diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun anda semua dapat membisikkan kata-kata ''ibu, saya amat sayangkan ibu'' itu ke telinga ibu anda semua, sampailah saat ibu anda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saya berasa amat sedih apabila diberitahu hari ibu haram disambut sebab ia ada kaitan dengan hari mother in church. Memanglah ibu perlu dikenang sepanjang hari, even sepanjang hayat,bukan hanya sehari, samalah macam hari guru, bukan cuma perlu dikenang sehari sahaja, dan sama macam semua hari yang dipilih secara spesifik, hari pekerja, hari 1 malaysia, hari wanita, hari kanak-kanak, sambutan hari tersebut bukan maknanya suruh kenang hari tersebut sahaja, tapi cuma sebagai penghargaan. Then, pilih satu hari sempena untuk penghargaan tersebut. Then, kalau tarikh mother's day ni ada kena mengena mother in church, tukar jelah tarikh lain. Kecik hati ibu-ibu bila semua oang ada harinya tersendiri, tetapi hari ibu haram disambut kerana tarikhnya ada sejarahnya yang melibatkan akidah.TUKAR TARIKHLAH, takpun mansuh semua hari yang ada, termasuk hari pekerja, hoho.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Di kesempatan ini saya nak ucap selamat hari ibu kepada ibu saya yang ke 9119 hari sebab hari ini ibu saya dah bergelar seorang ibu untuk 9119 hari. Saya sayang mak. You are number one for me...
Khas untuk ibuku tersayang 








No comments: